Sunday, 10 November 2013

FASTABIQUL KHAIRAT

Bismillah hirrahmannirrahim.......




Minggu ni aku bermusafir ke Perak. Saban minggu ada sahaja tempat-tempat yang aku lawati dan tumpang bersinggah. Dan ia sepastinya rumah akhwat tercinta .Tak betah berhujung minggu di rumah. Bukan kerana punyai banyak masa yang terlalu singgang...namun urusan-urusan dakwahku yang menuntut aku untuk berbuat demikian. Mungkin saat ini dan tika ini ada antara sahabat-sahabatku  yang tekun menelaah buku untuk test dan sebagainya dan ada kemungkinan juga yang meluangkan masa bersama keluarga di teratak bahagia . Namun aku masih begini, jarang pulang kekampung walau ketika cuti semester apatah lagi cuti-cuti hujung minggu. Bukan tidak sayang atau merindui keluarga yang sangat jarang dapat bersua muka, namun tuntutan dakwah lebih mendahului segala kehendak diri. Namun tidak mengapa, kerna aku bahagia begini. Perjuangan hanya sekali, justeru aku perlu mempersiap diri dengan bekalan-bekalan yang berpatutan agar kelayakan untuk turun berperang bisa aku penuhkan kerna aku tidak mahu menjadi insan ketinggalan.

Kini, aku di UTP atau lebih dikenali dengan Universiti Teknologi Petronas.Dahulunya aku merasakan mustahil untuk aku menjejakkan kaki disini kerana kelayakan untuk memasukinya hampir tidak bisa aku penuhi.Namun kini, saat ini aku sedang menulis di sini.Kelayakannya tidaklah setinggi mana, hanya memerlukan kemahuan dari diri. Aku masuk bukan sebagai pelajar UTP sebaliknya sebagai pelawat untuk menziarahi akhwatku. Nah...mudah kan untuk masuk ke UTP. Masuk sahaja, bukan belajar di sana..hehehe...saje sedikit gurau senda...

                                          ****

PERJALANANKU KE PERAK

Perjalananku bermula tatkala aku dikehendaki menghadiri liqo @ meeting TOT KRS di tapak program iaitu di Kem Sentosa,Chenderiang.(Kem PLKN). Aku bersama akhwatku bertolak dari KL seawal jam 7 pagi directly selepas selesai syuro yang tamat pada jam 5.30 pagi. Pada jam 10 malam sebelumnya, kami dituntut untuk menghadiri syuro yang membncangkan akan dakwah yang kebiasaanya akan berakhir sehingga ke subuh hari namun untuk syuro kali ini perbincangan agak rancak dan sedar tidak sedar kami menamatkan syuro pada jam 5.30 pagi. Ini pon bagi memberi ruang kepada para akhwat untuk melaksanakan solat sunat tahajud.  Selesai sahaja solat subuh, semua akhwat bersiap untuk ke tapak program dengan menggunkan 3 buah kereta. Akhwat-akhwat yang mempunyai kereta dengan ikhlasnya menginfakkan keretanya untuk kami gunakan bagi menempuh perjalanan ke perak bagi memenuhi urusan dakwah ynag lainnya.Baginilah kami, kami diajarkan untuk menginfakkan harta kami untuk tujuan dakwah. Oleh itu, jangan sesekali kita merasakan apa ynag milik kita adalah milik kita, kerana ia adalah harta dakwah kita.

InsyaALLAH andai ikhlas datang bersama, harta kita,kereta kita,motor kita,duit kita dan sebgainya milik kita  yang digunakan di jalan dakwah akan menjadi saksi di akhirat kelak.InsyaALLAH.....cuma satu ukhti...IKHLASLAH....

TAYAR KERETA PECAH

Walaupun bertolak dari tempat yang sama, tapi kami tidak berkonvoi bersama kerana perlu menjemput akhwat ditempat-tempat lain. Dalam perjalanan kami mendapat tahu bahawa tayar kereta ketua fasi telah pecah.Doa kami semoga semua baik-baik sahaja. Ketua fasi menaiki kereta kenari milikan akhwat KL. Yang mana kereta kenari ini terlalu hebat perjuangannya. Banyak bertempur di medan peperangan. Walau telah menghadapi banyak kecederaan, namun terus gagah menemani akhwat untuk turun ke medan perjuangan. Kami doakan semoga kau menjadi saksi kami di akhirat kelak wahai KUDA BIRU KAMI. Akhirnya mereka telah selamat sampai dalam jam 11 pagi. Dalam menanti ketibaan mereka, ramai akhwat dari seluruh malaysia telah tiba.SubhanALLAH...rindunya pada mereka.Lama rasanya tidak bertemu dan ada juga muka-muka baru yang kami temui.Selamat datang ke dunia dakwah dan tarbiyyah ukhti.Ayuh kita berjuang  mentarbiyyah umat bersama. Walau ada sahaja yang baru ketemu, namun kerinduan saat bertemu muka tetap ada. Mungkin inilah kerinduaan dan sayanag yang Allah hadirkan bagi insan-insan yang bertemu berpisah kerana ALLAH.

         
BERTEMU BERPISAH KERANA ALLAH



Dalam jam 5 petang, liqo kami pon berakhir. Dan tibalah saatnya untuk kami berpisah sekali lagi,pulang ke medan masing-masing untuk meneruskan urusan-urusan dakwah dan study masing-masing. Kali ini, aku tidak terus pulang ke KL, sebaliknya aku membuat keputusan untuk menemani akhwat pergi ke liqo di Tronoh. Walau tidak terlibat di dalam liqo, namun aku bisa menghabiskan masa bersama akhwat yang turut tidak punyai liqo. Aku pulang menaiki kereta akhwat UTP. Kami terpaksa meneruskan perjalanan untuk pulang walau saat itu hujan agak lebat kerna waktu malamnya akhwat ada liqo-liqo lain yang perlu dihadiri.Kasihan melihat akhwat yang terpaksa pulang menaiki motor saat hujan-hujan begini. Kerna aku juga turut punyai pengalaman menempuh hujan ketika menunggang motosikal.Dan yang menyedihkan aku cuma ada 1 sahaja baju hujan ketika itu,dan akhwat yang berada di depan terpaksa menggunakan plastik sampah yang ditebuk dibahagiaan kepala dan tangan untuk dijadikan baju hujan.Namun, senyuman indah tetap terukir indah diwajah mereka...Aku hanya mampu menggelengkan kepala...AKHWAT..AKHWAT......

HUJAN LEBAT

Perancangan awalnya, kami akan berkonvoi sebanyak 3 kereta ke UTP berserta 1 motor. Namun dipertengahan jalan kami diberitahu bahawa tayar kereta akhwat pecah.Sekali lagi namun bukan kereta yang sama. Sungguh banyak kejadiaan yang berlaku,namun perkara-perkara inilah yang menambahkan kecintaan kami kepada ALLAH.Dan aku tetap meneruskan perjalanan beserta akhwat yang menaiki motorsikal kerna mereka tidak tahu jalan. Dipertengahan jalan, hujan sangat lebat, dan menimbulkan kerisauan kami di dalam kereta akan keselamatan akhwat yang bermotosikal.

akhwat A:  ukhti,jangan bawa laju sangat, kesian mereka tertinggal kat belakang.
akhwat B: ukhti...ana bawa 60 je ni..
akhwat A: eh..risaulah ana...hujan lebat ni...x de ke tempat yang boleh berteduh ni
akhwat B: x pe...petronas dah dekat dah ni

dan aku hanya bisa doa banyak2 untuk keselamtan semua akhwat.......dan akhirnya kami selamat tiba di petronas....dan akhirnya selamat sampai ke UTP....

DAKWAHKU KECINTAANKU

Setibanya di rumah, akhwat terus bersiap-siap untuk liqo malam ni....Ada juga akhwat lain yang tidak bersama kami ketika TOT tadi turut bersiap-siap untuk menghadiri liqo mereka yang lain.....aku hanya mampu melihat

  " Semoga Allah merahmatimu ukhti dan menjadikan aku seperti kamu....bersungguh melaksanakan amanah dakwah ini"

Dan diantara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keredhaan ALLAH.Dan ALLAH Maha Penyantun kepda hamba-hambaNYA ( surah al-Baqarah : 207)

Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan ALLAH dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (Surah as-saff: 10-11)

Mungkin inilah yang menjadi penguat bagi jiwa-jiwa mereka....Dan hari ini, aku bersendiri kerana mereka sedang bertebaran di muka bumi Allah ini melaksanakan amanah-amanahNYA.....

Tersenyum dan kagum aku seketika pabila melihat mereka...saling berkejar-kejaran dan berlumba-lumba untuk menjadi yang terbik dimata ALLAH......

"Aku juga mahu berkejaran bersama ukhti"

Tadi aku terbaca akan post dari angle pakai gucci bahawa andai sekiranya kita sangat berbangga tatkala cikgu melaktik kita menjadi ketua kelas, namun SEKARANG Allah secara officiallynya telah melantik kita menjadi khalifah di muka bumiNYA....apakah kita patut merasa malu dan menjauh????

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat," Aku hendak menjadikan khalifah di bumi"..........

Surah Al-Baqarah ayat 30

Dan merekalah akhwatku...yang sentiasa menguatkan,saling membahu dan saling menyatukan.....

ANA SAYANG ANTUNNA SEMUA......UHIBBUKI FILLAH


Wednesday, 21 August 2013

Puisi Buat Bakal Sehari

Bismillahhirrahmannirrahim.......

                                                    selamat pengantin bau teman-teman


Alhamdulillah....bulan ni ramai teman-teman yang akan dan telah mendirikan rumahtangga...semoga semuanya dipermudahkan......

Wah ni yang cemburu ni namun begitu semoga rumahtangga yang akan dibina berlandaskan untuk mencari redha dariNya.....

Moga Allah Redha.....=)

sikit kata-kata buat kalian

***

Adam ditakdirkan bersama hawanya...
Ali ditakdirkan bersama fatimahnya...
Rasulullah ditakdirkan bersama khadijahnya.....
Dan kamu ditakdirkan untuk si dia....

Cinta sememangnya indah...
Mendamaikan jiwa mendatangkan bahagia...
Diri disayangi hati dimanjai...
Dunia seakan dimiliki....

Namun dengan cinta juga...
Manusia saling meluka...
Mendatangkan fitnah dan  melakukan musnah...

Semua mengetahui...
Cinta teragung adalah cinta Ilahi...
Yang sentiasa datang dan tak pernah pergi...
Menemani hati setiap insan yang menghargai...

Begitulah kasih Ilahi...
Tak pernah pudar walau sentiasa disakiti dan dikhianati...
Yang memberi dengan sepenuh hati...
Kerana Dialah Rabbul Izzati....

Tidak salah mengharap kasih manusia...
Namun cukup seadanya...
Yang mana lahirnya cinta..
Bertemu dan berpisah hanya kernaNYA....

Cintailah dan taatilah si dia...
Kerna mengharap redha dariNYA...
Wanita solehah adalah perhiasan terindah...
Yang dijanji syurga oleh pemilik jannah...

Carilah redhaNya bersama si dia...
Melahirkan keluarga sakinah,mawaddah wa rahmah..
Melahirkan srikandi dan pejuang-pejuang agama yang tak pernah goyah..
Yang akan berbakti setia pada jalanNya..

Selamat pengantin baru buat teman tercinta...
Semoga syurga dunia yang dibina sentiasa berada dalam rahmatnya....
Terus mengejar dan memburu cinta dariNya...
Doakan daku untuk turut serta....

***





Thursday, 8 August 2013

SALAM RINDU BUAT KAKANDA

1 Syawal 1434H.......alhamdulillah hari ni adalah hari kemenangan untuk umat Islam setelah hampir sebulan berjuang dan mengumpul amalan-amalan baik untuk dipersembahkan di hadapan ALLAH....

Bulan Ramadhan yang terkenal dengan Malam Lailatul Qadr....malam yang dirindui dan sangat dinanti oleh semua muslimin untuk merebut pahala ganjaran yang telah dijanjikan ALLAH iaitu diumpamakan seperti beribadah untuk 1000 bulan....Masya Allah....Allah sangat penyayang kepada hamba-hambaNYA....

Seperti ketetapanNya.....yang datang pasti akan pergi dan yang lama pasti akan diganti dengan baru....Begitulah juga senario untuk pusingan bulan-bulan Islam....Setelah berlalunya ramadhan..pasti akan diganti pula dengan Syawal dan seterusnya....dan mereka patuh dan taat dengan ketetapan dan aturan ALLAH...patut tanpa membantah...subhanALLAH......makhluk-makhluk Allah semuanya taat kepadaNya tanpa ada sedikit keraguan namun manusia yang masih dikurniakan nikmat akal masih membentak-bentak untuk melaksanakan ketaatan kepadaNYa...berkira-kira untuk patuh kepada suruhanNYA....apatah lagi diri kerdil ini yang masih banyak salah dan khilafnya.....
    
                                              ****************
Dan syawal kali ini aku turut tidak ketinggalan melakukan aktiviti tetap kami di pagi raya....menziarah kubur....

Setelah arwah abang pergi sejak tahun 2007...pagi raya kami pasti akan berada di sini...seperti tahun-tahun sebelumnya....kubur pertama yang akan diziarah pasti adalah kubur arwah abang yang sangat dirindu dan dicinta....


Entah mengapa tahun ni aku terlebih sebak ketika menziarah pusara arwah abang....sesampai je di hadapan pusaranya...air mata tak semena-mena terus gugur bercucuran....rindu yang tidak tertahan dan tidak terluah untuk aku ucapkan.....
Bagaikan aku mahu memeluk sahaja pusaranya kerana mahu menyampaikan rinduku padanya.... manun aku redha
Salam rinduku padanya hanya bisa disampaikan melalui bisikan doa jauh dari sudut hatiku

Allah hadirkan dirimu untukku..
Sebagai kakandaku..sebagai sahabatku...
Walau engkau suka menyakitiku..mengusikku...
Namun dalam pada masa sama engkau yang selalu melindungiku....

Aku rindu kamu wahai kakandamu...
Terlalu awal rasanya perginya kamu...
Belum puas aku bermanja sebagai adindamu....
Namun Allah lebih menyintaimu melebihi kasih kami kepadamu....

Bagaimana keadaanmu disana kakandaku....
Aku,mak,abah dan ija berharapkan agar kau baik-baik sahaja di sana....
Dilapangkan kubur untukmu di sana....
Dan jauh dari segala siksa dan ancamanNYA...

Moga ALLAH mendengar dan menerima doa kami di sini...
Kami di sini amat merinduimu kakandaku....
Aku mahu kau tahu yang kau sentiasa berada dalam doaku....
Dan aku mahu bertemumu di sana nanti wahai kakandamu...

Banyak hal yang mahu aku ceritakan padamu...
pelajaranku..kehidupanku dan segalanya...
Kerna kaulah tempat aku berbicara dan meluahkan rasa....

Taatmu pada mak dan abah menjadi contoh buatku...
Sayangmu pada adinda-adindamu menjadi ikutanku....
Keazamanmu dalam pelajaran dan ujian yang menimpamu menjadi penguat untukku...
Segala yang ada padaku kini adalah kernamu wahai kakandaku...

Wahai kakandaku...
Setiap kali ku melihat teman-teman seusiamu dan teman-temanmu....
Pasti aku terus teringatkan kamu...
Rupamu bagaimana agaknya....gelagatmu dan segalanya tentangmu...
Kau sentiada dirindu wahai kakandaku...
Aku amat bersyukur kerna punya kamu sebagai kakandaku...
Walau Allah hanya meminjamkanmu untukku buat seketika...
Namun...aku bersyukur atas anugerahnya...
Bak kata mak...
Anak-anak adalah anugerah terindah untuknya...
Apatah lagi dia punyai anak yang baik dan taat sepertimu....
Aku mahu kau turut tahu...
Mak telah mengampunkan segala dosamu sebelum perginya kamu dan kami redha dengan perginya kamu....

NAMUN...KAMI TERSANGAT MERINDUMU....

salam rindu dan cinta buat kakanda.....mohammad yazid zainal(al-fatihah)



                                                                                                                                              

Tuesday, 6 August 2013

AKU WANITA BIASA

adik : kak ngah...belilah baju tu....cantiklah..ko kan suka jubah...
kak ngah : tak nak lah...merah sangatlah....( walaupun dalam hati mengatakan sangat cantik)
adik : tapi cantiklah....hah baju tu pown cantik...same macam baju aku...
kak ngah : tak nak lah..ada cutting kat pinggang die....( dalam hati:cantiknya)
adik : hah....baju tu...
kak ngah : tak nak lah.....

dah insiden penolakan tersebut berlansung hampir setiap kali si adik memilihkan baju untuk si kakak......

sesampai sahaja di rumah....

mak : kakak beli baju apa?
kakak : jubah mak..dah lama dah akak nak jubah ni..alhamdulillah akhirnya dapat juga....
mak : adik beli baju apa?

adik mengeluarkan baju yang dibelinya.....( cantik )

mak : hah...cantik...kenapa kakak tak nak beli baju macam tu jugak....kan macam anak dara sikit...
kakak : hanya mampu tersenyum...

                         ........................................................

aku mungkin berbeza dengan adikku..dan saudara maraku yang lain....aku mungkin insan yang paling terkebelakang dengan fesyen dan penggayaan diri....
mungkin akulah yang paling kolot......pergi ke mana sahaja dengan tudung bidang 60 ku tanpa pernah menggayakan selendang mahupun shawl....malah jeans sekalipun.....

bukan aku tidak pernah memakainya.....pernah-pernah sahaja...namun semuanya tinggal sejarah....malah masih ada lagi selendang-selendangku serta shawl yang pernah aku gayakan tersusun kemas di dalam almariku.....
terkadang...sempat juga aku menatapnya...terkenang memori dahulu.....

terkadang...,,aku juga teringin menjadi seperti muda mudi zaman kini....terupdate dengan fesyen2 terkini...memakai kasut tumit tinggi...yang tinggi bertambah-tambah tinggi...yang rendah akan kelihatan sedikit tinggi...cantik berseri-seri....memakai make up untuk menaikkan seri....wah...cantik dan anggun sekali.....

kerna...aku juga wanita biasa....yang ada kemahuan dan cita rasa sama...

  ........................................................................
namun...kerna tarbiyyah aku mampu mengawal diri.........

mengawal diri dari memenuhi kemahuan di hati...kerna aku tahu aku memakainya kerna mahukan pujian dan perhatian manusiawi....

ku terus gagahkan diri melawan nafsu dan keinginan menggunung di hati....kalau kadang-kadang teruji.....

kerna yang kucari bukan redha dan pujian manusiawi sebaliknya redha dan pujian Tuhan yang kucintai....

Biarlah aku kelihatan kolot dan lemah di mata manusia.....
Namun jangan biarkan aku kelihatan kolot dan lemah di mata ALLAH...

Biarlah aku ketinggalan dan buruk di mata manusia....
Namun jangan biarkan aku ketinggalan dan buruk di mata ALLAH....

Biarlah aku tak dipandang dan dicinta manusia....
Namun jangan biarkan aku tak dipandang dan dicinta oleh ALLAH.....

   ...........................................................................................

Wahai ibuku.....yang kucari hanya redha dan kasih sayang Allah.....
Janganlah pernah ibu risau akan diriku dimata manusia.....
Biarlah aku tidak dipandang manusia ibuku....
Biarlah aku tidak ikut perkembangan fesyen dan gaya hidup semasa....
Namun...biarlah aku hidup dalam perkembangan islam dan redha Tuhanku..wahai ibuku

Bukan aku tidak mahu menjadi seperti muda mudi seusiaku wahai ibuku....
Namun..aku selesa dengan siapa dan apa aku sekarang wahai ibuku....
Kerna...aku juga wanita biasa ibuku....
Punya keinginan..punya nafsu...
Namun yang kuharapkan...semoga ALLAH membalas segala penangguhan kemahuanku ini di akhirat nanti.....
in syaa ALLAH di syurga nanti....malah dengan lebih baik daripada apa yang ada di dunia ini...
Kerna ku masih ingat pesan sahabatku....

'andai kita menahan diri daripada memakai pakaian yang kita mahukan didunia ini dan kita tahu bahawa pakaian itu akan mendatangkan fitnah ke atas kita atau menarik nafsu lelaki....maka Allah akan memberikan pakaian yang lebih indah daripada itu di akhirat nanti....maka ukhti...bersabarlah...peliharalah auratmu dan mahkota tertinggimu'

Izinkanlah aku menjadi siapa aku sekarang.....kerna aku amat bahagia dengan diriku kini....
Ini juga adalah berkat doamu wahai ibuku.....

Doakan semoga aku terus istiqomah dan ikhlas wahai ibuku.....yang kupinta hanya doamu......



Friday, 5 July 2013

KERANA SEBUAH KEMATIAN

Bismillahhirrahmannirrahim.........



Kerana sebuah kematian.....
Aku kembali menulis....


SubhanALLAH......
Siapa dikau sebenarnya ukhti...
Aku tidak terlalu mengenalmu...
Aku tidak begitu rapat denganmu...
Namun....
Perginya kamu sangat memberi kesan dalam hidupku....

Ukhtiku....
Walau dikau tidak gencar di medan pertempuran...
Namun kau sangat menjaga hubunganmu dengan Tuhan...
Hingga kau tidak pernah menyakiti hati setiap insan..
Sebaliknya mengembirakan dan membahagiakan...

Ukhtiku...
Aku mengenalmu melalui cerita dan berita....
Kerna kau tidak banyak bicaranya....
Kerna kau sungguh menjaga...
Setiap butir bicara....
Agar tiada hati yang kecewa dan terasa....

Ukhtiku....
Kau tidak lantang dalam bicara...
Namun..pergimu telah meyampaikan semua....
Kebaikan,keikhlasan dan ukhuwah yang telah kau cipta...
Akhirnya sendirian ia berbicara....
Tanpa perlu engkau perkata....

Ukhtiku...
Benar....
Engkau begitu istimewa dengan caramu sendiri....
Membisik cinta...melalui hati...
Hingga terkesan ke dalam sanubari...
Mencengkam dan membekam hingga dini hari....
Takkan dilupa sampai akhirnya nanti....

Ukhtiku...
Aku tidak berkesempatan mengenalmu dengan lebih dalam...
Namun....Kau telah banyak mengajarku...
Walau tanpa dengan bicaramu....
Kerna kau mengajarku dengan akhlakmu...
Jazakillah ukhti...
Semoga Allah sentiasa merahmatimu...
Melapangkan kuburmu...dan al-Quran sebagai teman setiamu....

Terus tenaang ukhti...
Selamat berehat ukhtiku....

salam sayang




Wednesday, 1 May 2013

DIA MANUSIA BIASA


Dia manusia biasa,
Yang punyai cita dan cinta,
Hidupnya mengorbankan dunia,
Semata mencari redha dari-NYA.

Dia manusia biasa,
Yang punya perasaan dan jiwa,
Yang menangis dan ketawa,
Untuk mengeluarkan rasa,

Dia manusia biasa,
Yang punya letih dan lelah,
Penat dan payah,
Namun terus tabah mengorak langkah,

Dia kelihatan payah,
Namun tak pernah patah,
Tak pernah menyerah,
Tak pernah mengisytihar kalah,

Dia terus tabah,
Walau dihimpit susah, diterkam kecewa,
Amanahnya pada Tuhan terus dilaksana,
Walau hati merana,

Janjinya pada Tuhan ,
Mengubah payah jadi mudah,
Mengubah derita jadi suka,
Mengubah kecewa jadi gembira,
Mengubah duka jadi bahagia,
Mengubah neraka jadi syurga

Moga kau terus kuat sehingga tibanya waktu penamat,
Aku ada untuk kau menumpang penat,
Walau ku tak sempurna membantu dalam menyelamat,
Namun kucuba terbaik demi umat dan SANG PEMBERI RAHMAT.

Friday, 26 April 2013

NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN

ayahanda,bonda dan adinda tercinta


                                             
KEKUATANKU

" yan...yan tahu tak mak yan tu satu dalam seribu tau"

Tersentak aku dari lamunan ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghabiskan cuti mid sem ku selama seminggu di rumah. Tiba-tiba perbualan ku bersama akhwat tersebut memecahkan lamunanku. Aku memang gemar mengambil seat disebelah tingkap ketika travel. Kerna aku akan berfikir sambil mentadabur dan menikmati alam sepanjang perjalanan. Cahaya senja yang menemani aku berserta iringan lagu nasyid yang menjadi peneman setiaku membuatkan otakku ligat berfikir tentang banyak perkara. Tiba-tiba, handphone ku berbunyi menandakan masuknya mesej...yang mane mesej ni membuatkan aku sebak dan terasa titisan air panas turun membasahi pipiku.

" kak...lepas akk balik mak rasa sunyi je"-mesej dari mak

"ala...sunyilah rumah"-mesej dari adek

Semakin deras aku rasakan air mata yang mengalir. Berat sungguh rasa hati ni ketika bersalaman dengan mak tadi. Sungguh ,aku rindu benar dengan pelukan dan ciuman mak.Entah bila lagi agaknya aku bisa merasakan peluk dan cium mak. Mak, akk nak mak tahu yg akk sayang mak sangat2....itulah balasan mesejku pada mak. Moga ia bisa menjadi pengubat rindu buat mak.

Mungkin aku jarang-jarang balik bercuti di rumah. Mengikut perkiraanku, cutiku paling lama pun adalah hanya selama seminggu. Cuti semesterku selama 2 bulan ku habiskan di universiti . Sesungguhnya amanah yang terpikul di bahuku yang menuntut ku untuk terus stay di sane dan aku tidak betah untuk tinggal lama-lama di rumah kerana adik2 asasiku lebih memerlukan diriku dan akhawatku di sane. Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak rindu, sebaliknya kerana tanda dan sayangku pada mereka lah yang membuatkan aku melakukan pengorbanan ini.

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras,yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.(Surah at-Tahrim ayat 6)

Mak, abah, ling, hanya satu permohonanku...doakanlah sentiasa diriku.Pengorbananku ini masih terlalu sedikit andai sekiranya mahu dibandingkan dengan akhwat dan ikhwah yang lain. Mungkin tak ramai yang mampu untuk bertahan selama 4 bulan tidak bersua muka dengan family semata melaksanakan amanah dakwah dan pelajaran. Mungkin ada yang tidak sanggup apabila perlu melakukan follow up selama satu hari suntuk (termasuk perjalanan pergi dan balik) untuk melakukan halaqoh untul adik2 sekolah dan adik2 matrik dan asasi.Mereka bukan golongan orang yang bekerja or bekerjaya, mereka bukanlah orang yang mempunyai gaji bulanan yang tetap sebaliknya mereka hanyalah seorang pelajar yang hanya mempunyai wang saku sama ada melalui ptptn ataupun biasiswa. Yang mana, wang tersebut mustahil akan beranak pinak dan berkembang biak sebaliknya akan semakin mengurang dan mengurang. Namun, apa yang membuat mereka kuat dalam melakukan pengorbanan ini?

KEYAKINAN KEPADA JANJI ALLAH DAN TAWAKAL PADAYA

Benar...
Janji Allah itulah yang membuatkan mereka terus teguh dan semakin teguh, terus kuat dan semakin kuat,terus sabar dan semakin sabar.

Allah berjanji bahawa Islam itu pasti akan menang sama ada kita lah orang yang memenangkannya ataupun tidak.Islam itu pasti akan menang. Nescaya, mereka memilih untuk menjadi golongan yang akan terlibat dalam memenangkan Islam walaupun mereka tidak sempat merasai kemenangan itu seperti SYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA.Bagaimana usaha kerasnya dalam melakukan dakwah dan tarbiyyah kepada umat ini akhirnya membuahkan hasil yang mana bumi Mesir kini ditadbir oleh Morsi yang mana adalah dalam kalangan Ikhwannul Muslimin. Yang suatu ketika dahulu sungguh dasyat kekejaman yang dikecam ke atas mereka. Syed Qutb, Fatimah Qutb dan ramai lagi ahli Ikhwanul Muslimin yang sungguh amat dasyat menerima siksaan semata-mata ingin melaksanakan dakwah dan tarbiyyah kepada umat ini.Mereka telah memilih untuk menginfakkan harta dan jiwa mereka kepada Islam sepertimana firman Allah yang bermaksud:

Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba Nya. ( Surah al-Baqarah ayat 207)

Andai pengorbanan ini juga mahu dibandingkan dengan pengorbananku, terlalu jauh sekali umpama langit dan bumi dan malu sekali untuk aku membandingkannya dan mungkin-mungkin sahaja tidak layak langsung untuk aku membanding-bandingkannya.

Wahai orang-orang yang beriman! Maukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang akan menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jikakamu mengetahui,
Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,dan tempat-tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn.Itulah kemenangan yang agung.
( Surah ash-Shaff ayat 10-12)

Dan kerna inilah sumber kekuatanku dan ayat yang sentiasa memujuk hatiku. Ayat yang meyakinkan aku bahawa hanya dengan perdagangan inilah yang bisa menuntunku dan ahli keluargaku kepada Allah hu Rabbi.



NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN

Sesungguhnya sudah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambanya. Apa lagi kenikmatan-kenikmatan yang kita perlukan.Sedangkan yang sedia ada ini sahaja kita belum mampu untuk mensyukurinya.

Kita terus menerus tenggelam dengan kenikmatan kita yang sangat2 kita banggakan.Kenikmatan yang kita rasakan hanyalah milik kita dan hak kita,. Kenikmatan yang sepatutnya disyukuri akhirmya membohongi kita akibat kelalaian dan kebutaan mata hati kita.

Setiap nikmat Allah itu adalah berbeza untuk setiap hamba-hambanya.

Mungkin untuk seorang yang bergelar ibu ayah kenikmatannya ialah anak pinak dan cucu cicit dan mungkin harta  untuk dibangga-banggakan dengan jiran tetangga dan ahli keluarga yang lainnya.
Mungkin untuk seorang yang bergelar student kenikmatannya ialah masa yang untuk dihabiskan dengan permainan video atau menonton movie korea dan mungkin bercouple.
Mungkin untuk seorang yang dah bekerjaya kenikmatannya ialah gaji bulanan yang beribu riban yang boleh digunakan untuk membeli segala yang diidam idamkan

Itulah kenikmatan-kenikmtan yang sentiasa kita dustakan.Kenikmatan yang ALLAH datangkan sebenarnya sebagai ujian untuk kita, Ujian sama ada untuk kita infakkan semula kenikmatan-kenikmatan tersebut untuk membela agamaNYA.

Kenikmatan yang sepatutnya bertukar begini:

Anak-anak dan cucu cicit yang dibentuk dan dididik untuk menjadi para pejuang dan pembela agama ALLAH.
Masa yang digunakan untuk memikirkan masalah umat dan kecemerlangan akademik untuk mentamadunkan semula Islam seperti kegemilangannya menakluki 2/3 dunia.
Dan harta yang digunakan hanya untuk keperluan diri dan selebihnya diinfakkan untuk pembangunan Islam.

Dan, malangnya umat kita yang telah dibutakan dengan penyait WAHN yang mana terlalucintakan dunia dan takut pada kematian. Penyakit berjangkit yang sangat berbahaya dan tiada penawar selain kembali kepada Islam.Dan pada pendapatku hanya dengan DAKWAH dan TARBIYYAH sahaja yang mampu mengembalikan umat ini kembali kepada Islam secara keseluruhannya.


Kembalilah umatku kepada asal FITRAHMU.

Thursday, 25 April 2013

TARBIYYAH ITU INDAH

credit to freshie

Jalan juang ini,
Tak bisa dilalui dengan sendiri,

Andai bersendiri,
Kau pasti bisa lemah dan tergugah,
Andai bersendiri,
Kau pasti diterkam oleh serigala yg berwajah merah,
lapar dan licik dalam menerkam mangsa,

Namun,
Aku yakin tidak akan ditinggalkan kamu,
Kerna kamu dan aku,
Berada pada satu jalan,
Berada pada satu perjuangan,

Walau terkadang dimarahi kamu,
Walau terkadang disakiti kamu,

Namun,
Aku tahu marah kamu marah kerana ALLAH,
Aku tahu sayang kamu sayang kerana ALLAH,
Kerna itulah,
Tali ukhuwah imanillah,


PERKENALANKU DENGAN TARBIYYAH

Suatu ketika dahulu, aku amat mencemburui insan yang menggunakan istilah bahasa arab seperti ana,antunna,anta,antum,akhi,ukhti dan bermacam macam istilah lainnya.Al maklumlah, aku bukanlah berlatar belakangkan pendidikan bahasa arab atau seangkatan dengannya, so x layaklah untuk aku gne istilah2 sopan macam 2.

Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Akhirnya aku bisa dan x lekang menggunakan istilah2 tersebut kini. Moment2 2 bermula macam ni......

"kak long..kak long...lepas magrib ni ada seorang akk ni die nak buat halaqoh dekat surau kkpr...jom g"

Justeru,bermulalah detik pertemuan pertama aku bersama murobiyyah aku yang sangat aku cintai kerana Allah. Insan yang memperkenalkan aku kepada tarbiyyah. Walaupun tubuhnya kecik namun semangatnya besar dan teguh.Walau bersendiri melakukan dakwah di bumi puncak alam, namun tak pernah sesekali dia menyerah dan kelihatan lemah.Malah,sebaliknya semakin gencar dan sentiasa tersenyum. Sentiasa sabar melayan kerenah kami yang banyak songeh dan payah untuk pergi ke daurah dan program. Biasalah baru2 kenal tarbiyyah, liyat sikit. Namun, alhamdulillah berkat kesabaran dan keikhlasan dia dalam menyampaikan dakwah, kini bumi puncak alam mampu bersinar dengan cahaya tarbiyyah insyaALLAH yang mane ia bermula dari dirinya.

Dari situ, aku lebih mengenal kembali Islam. Walau aku sememangnya beragama Islam pada kad pengenalanku, namun aku belum benar-benar mengenali Islam. Tujuan penciptaanku dan tugasku didunia.


INDAHNYA TARBIYYAH

Itulah indahnya tarbiyyah.Sentiasa memberi semangat kepada kader2 dakwahnya.



Menguatkan kala tali kelemahan mendatang,
Melahirkan kesabaran kala tali dugaan dan kekecewaan menjelma,
Mengembirakan kala tali kedukaan menyapa

Tarbiyyah yang sentiasa menjadikan pengikutnya kuat dan hebat dan mempunyai cita-cita dan jati diri muslim yang unggul. 
Menuntun umat kembali kepada asal fitrah kejadian kehambaan. 
Pengabdian diri yang penuh hanya pada ALLAH Rabbul Alamin. 
Melahirkan pejuang-pejuang agama yang rela berkorban demi kebangkitan dan kemuliaan Islam tanpa sebarang alasan dan bantahan. 
Serta melahirkan anak-anak yang soleh yang menjadi benih2 tanaman akhirat untuk ibu dan ayah.








Wednesday, 24 April 2013

SESUATU YANG HILANG



Indahnya alam ciptaan Ilahi,
kicauan burung,desiran angin dan kokokan ayam menemani dikala sepi,
walau tidak memahami,
namun aku tenang bersama bunyian alami,

kala ini,
hujan pula menemani,
merintik turun bagai malu jatuh ke bumi,
namun taat dan patuh pada perintah Ilahi,

aku duduk sendiri,
mencari ketenangan dan diri,
yang hilang seketika,
yang aku sendiri x tahu entah mengapa,

fikiranku rasa sesak,
kerja memuncak muncak,
kusut dan mendesak,
jiwa berkelocak,

Ku melangkah mencari arah,
melerai payah, 
memohon bantuan dari ALLAH,
moga ku bisa keluar,
dari masalah,

Masalah untuk diselesaikan,
bukan ditinggalkan, 
cumanya aku perlukan masa dan teman,
untuk merancang semula jalan penyelesaian,

ku hilang seketika,
mencari rentak,
menjejak gerak,

moga,
kutemui kembali apa yang ku cari,
moga,
ku dikuatkan kembali dengan kekuatan yg telah pergi,